UndiMsia! adalah suatu program pendidikan sivik bertujuan untuk mengukuhkan pemilikan, penyertaan dan perwakilan belia tentang hak mengundi dan tanggungjawab sivik mereka. Melalui program ini, belia Malaysia terlibat dalam membangunkan pemikiran kritis mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk aktivisme yang berkesan untuk menyelesaikan isu-isu komuniti mereka. Projek-projek UndiMsia! direka berdasarkan empat tonggak: maklumat, proses, tindakan dan platform untuk suatu masyarakat madani yang teguh.